music

Saturday 31 May 2014

DUNIA CINTA

Manusia adalah satu makhluk yang tuhan lahirkan perasaan "cinta". Mereka tergolong dua golongan iaitu "lelaki" dan "perempuan" tetapi apakah sebenarnya "cinta" ini. Kita sering melihat pasangan yang sedang dilamun "cinta" sungguh mesra sekali antara mereka berdua dan mereka rasa dunia ini milik mereka berdua sahaja.Itulah manusia sentiasa rasa bahagia dengan adanya perasaan "cinta".

Sebenarnya apakah yang kita lakukan ini semuanya betul???"Cinta" hanyalah perasaan yang sangat halus yang hanya kita sahaja merasai tetapi berapa panjang sangatlah persaan begini boleh bertahan. Manusia terlalu mempertuhankan perasaan "cinta" sesama mahkluk ini dengan kuat tanpa mereka tahu sebenarnya dunia ini adalah tempat yang sangat menakutkan.

Baiklah, kita ke topik yang membuka minda pembaca tentang "cinta" ini apakah sebenarnya "dunia cinta" ini. Antara "jodoh" dengan "cinta" keduan-duanya adalah elemen yang sangat berbeza . "Cinta" adalah perasaan tetapi "jodoh" adalah takdir yang ditentukan oleh tuhan antara perempuan dan lelaki. Walau macamanapun kita mencintai seseorang tetapi jikalau tuhan sudah menulis "jodoh" kita dengan orang lain dikitabnya jadi terimalah takdir itu kerana didunia ini bukan "cinta" itu dikejar. Tuhan mentakdirkan kita dengan perpisahan ini adalah untuk kita mencari "cinta" yang sebenar iaitu Yang Maha Esa.

Pernahkah kita berfikir juga walaupun sekuat macam manapun seseorang itu bercinta tetapi bila sudah membina mahligai indah(kahwin) akhirnya mereka berpisah ditengah jalan akhirnya menyebabkan diri terumbang-ambing dengan hal-hal yang begini. Oleh itu , benda begini sangatlah merisaukan kerana kita sudah berada dihujung zaman dimana penceraian bila-bila masa sahaja boleh berlaku. Baiklah, disini saya ingin berkongsi satu perkara yang saya sering fikirkan. 


  1. Pertama sekali, apakah semasa kita sedang menjalinkan hubungan "cinta" tanpa ada ikatan ini kita yakin itu adalah 100%??? Jawapan sebenarnya tidak kerana hubungan ini adalah 0.00% kerana hubungan tanpa ikatan ibaratkan makan buah yang manis cuma merasai manisnya sahaja tetapi tidak dapat mengekalkan rasa itu.Jadi bila terputus hubungannya "cinta" ini janganlah merasa sakit dan kecewa keterlaluan kerana perkara ini hanyalah sementara kerana tuhan sentiasa memberi dan memberi kepada kita semua dan janganlah disebabkan hanya satu perkara hidup tidak boleh hendak diteruskan.
  2. Kedua, adakah selepas mengikat tali pertunangan kita rasa ianya sudah 100%???Jawapannya masih tidak kerana hubungan ini adalah 50% sahaja kerana keputusan untuk memutuskan akan berlaku bila-bila masa sahaja . Jadi untuk mengekalkan ikatan ini sehingga ke jinjang pelamin kita seharusnya menyuburkan dengan benih-benih "cinta" .Nasihat satu lagi, jagalah kelakuan dan batasnya tidak perlu hendak berlebih dalam melakukan sesuatu perkara dan bersederhanalah.
  3. Ketiga ini adakah anda yakin ia masih 100%??? Jawapannya hampir tetapi cuma 99% sahaja hubungan ini tetapi bila sudah ada ikatan yang sah ini bermakna hubungan ini akan menjadi lebih kukuh dan terjamin.Suburkanlah ikatan ini dengan benih-benih "cinta" yang sudah lama kita pendam selama kita menjalinkan hubungan itu.
Baiklah , "cinta" itu memang perlu kerana ia menguatkan "jodoh" kita tetapi sampai mana??? Sebenarnya manusia terlalu ego dengan "cinta".Mereka hanya mahu benda yang indah sahaja dalam hidup ini , itu sebabnya hidup mereka tiada hala tuju sendiri dan tidak dapat hendak menentukan halatujunya.

Suatu lagi untuk dikongsikan adalah bila menjalinkan suatu hubungan itu sama ada serius ataupun tidak jagalah batas. Syaitan itu sentiasa membisik ditelinga kita dengan perkara-perkara yang mengoda kita ke arah keburukan . 

Akhir kata:

Hidup bukanlah sebuah perjalanan lurus dan mudah untuk kita lalui tanpa rintangan.
 Ia adalah sebuah perjalanan di laluan bersimpang-siur, yang perlu kita cari arah sendiri.
 Kita sesat,kita keliru .
Dan sering kali, kita menemui jalan buntu.

Namun selalu, seandainya kita percaya, pintu akan terbuka untuk kita lalui.
 Mungkin bukan pintu yang kita fikirkan, tetapi itulah pintu yang terbaik buat kita.

A.J.Cronin

"THE MAN WHO SOLD THE WORLD"






Friday 30 May 2014

DIRI SENDIRI

"Nilailah sekeliling kita untuk jadikan diri ini lebih baik"

"Bukan menilai sekeliling kita disebabkan hendak tunjukkan diri ini lebih baik"

"MUHASABAH"

Tak perlu ikutkan manusia yang hanya tahu kepentingan peribadi diri sendiri

Jadilah diri sendiri untuk maju ke hadapan

Manusia ini walaupun  keadaannya miskin atau kaya

Mereka sentiasa alpa jika diberi sedikit nikmat

Manusia ini walaupun keadaannya sakit atau sihat

Mereka sentiasa lupa jika diberi sedikit zat

Dimanakah dunia ini kita mahu lari dari semua itu

"KUBUR"


THE MAN WHO SOLD THE WORLD


CAKAP-CAKAP

"Ramai yang pandai berkata-kata tetapi semuanya dusta"

"Ramai yang pandai becakap-cakap tetapi semuanya kerja tidak lengkap"

Itulah manusia sentiasa menjadi pengkritik tetapi tidak sanggup dikritik

Menganggap diri lebih sempurna  umpama Nabi

Kekurangan diketepikan ,kelebihan di agungkan



Manusia....

"THE MAN WHO SOLD THE WORLD"

ANUGERAH

Tidak semuanya benda yang kita boleh dapat...
Tidak semuanya benda kita boleh pegang...
Tidak semuanya benda kita boleh capai...
Tidak semuanya benda kita boleh nikmati...

Tetapi lihat orang lain....

Adakah yang kita dapat mereka dapat...
Adakah yang kita pegang  mereka pegang...
Adakah yang kita capai mereka capai...
Adakah yang kita nikmati mereka nikmati...

Ingatlah...

Mengeluh bukannya diri kita...
Putus asa bukannya sifat kita...
Berundur bukannya bangsa kita...
Berdiam bukannya agama kita

Sampai bila...

Dipandang dengan keadaan hina...
Dicaci dengan sesuka hati...
Dikeji sampai kemati...


"THE MAN WHO SOLD THE WORLD"

PEMILIK

Kadang-kadang

Apa yang kita punya tidak semestinya milik kita....

Kadang-kadang

Apa yang kita benci tidak semestinya menghancurkan hidup kita...

Kadang-kadang

Apa yang membebankan kita tidak semestinya menyusahkan kita...

Kadang-kadang

Benda yang senang tidak semestinya memewahkan kita...

Tuhan memberikan kita 2 pilihan dalam hidup ini
Untuk kita nikmati...

Pilihan itulah yang akan menentukan kehidupana yang kita akan rasai...

Pilihan itu juga mnjadikan diri kita sendiri...

Manusia sentiasa membenci dan cinta-mencintai...

Mereka tiada pikiran yang dapat menuju kan hala diri

Cuma hanya emosi


"THE MAN WHO SOLD THE WORLD"